Mengenali Blockchain

mengenali blockchain

Konsep Asas

Sejak kebelakangan ini, terma “Cryptocurrency sangat mendapat perhatian, terutamanya dari kalangan pelabur dan tech-savvy. ROI (Return of Investment) yang sangat tinggi, teknologi yang menarik, dan kemunculan cryptocurrency exchange yang reliable dan mudah untuk di akses adalah antara faktor-faktor yang menyumbang kepada kenaikan populariti digital asset ini. Namun begitu, sebelum kita mendalami apakah itu Bitcoin ataupun Ethereum, marilah mengenali teknologi disebalik cryptocurrency : Blockchain.

Cara mudah untuk memahami blockchain adalah untuk memecahkannya kepada dua bahagian ; Block dan Chain. Block adalah kandungan data yang mempunyai nombor hash yang unik, manakala Chain adalah rangkaian yang menghubungkan blok-blok data ini. Secara asasnya, blockchain adalah pangkalan data (database) untuk merekod transaksi di dalam bentuk blok ledger, dan dikongsikan kepada semua individu di dalam satu rangkaian tidak berpusat (decentralized).

Setiap transaksi akan direkod, dicap masa (timestamped), tidak boleh diubah suai, mengikut turutan (in sequence) dan transparent. Ciri ciri ini membuatkan rangkaian blockchain sukar untuk dimanipulasi.

Sumber ilustrasi : Talend

Ciri-ciri blok di dalam Blockchain

Setiap blok di dalam blockchain mengandungi 4 perkara : 

  1. Data
  2. Timestamp
  3. Nombor Hash 
  4. Nombor Hash blok sebelumnya

Nombor Hash adalah identiti unik setiap blok yang berfungsi untuk memastikan setiap blok berada dalam urutan yang betul. Infografik di bawah menunjukan contoh rangkaian blok yang sempurna : 

Setiap nombor hash blok mestilah padan dengan nombor hash blok sebelumnya. Jika tidak,  perkara ini akan dikenal pasti oleh peserta rangkaian semasa proses pengesahan blok (Proof-of-Work). Infografik dibawah menunjukkan contoh blok yang mempunyai padanan hash yang salah: 

Sebarang perubahan data di dalam blok yang dilakukan akan memberi kesan kepada nombor hash blok.  Ianya akan menyebabkan berlakunya mismatch kerana perbezaan nombor hash antara blok yang diubah dengan blok seterusnya. Padanan blok yang salah akan dikenalpasti dan dikeluarkan daripada rangkaian blockchain.

Konsep ini membuatkan ianya mustahil untuk mengubah data di blok yang berada dalam rangkaian blockchain. Sebagai contoh, jika satu rangkaian blockchain mempunya 10,000 blok, dan terdapat individu yang ingin mengubah suai block yang ke-1,000, individu tersebut haruslah mengubah suai kesemua 9,000 blok yang seterusnya untuk memastikan padanan hash yang sama. Control measure ini akan mengenal pasti sebarang perubahan ataupun “tampering” yang cuba dilakukan keatas rangkaian blockchain tersebut. 

Rangkaian tidak berpusat (decentralized)

Konsep utama yang membuatkan Blockchain sangat menarik adalah konsep decentralized. Konsep decentralized ini bermaksud rangkaian transaksi ini tidak dikawal, tidak berpusat, dan tidak boleh diubah suai oleh sesiapa termasuklah pencipta rangkaian tersebut. Ini menjamin kesahihan setiap transaksi yang berlaku di dalam rangkaian blockchain. Blockchain dikawal oleh rangkaian komputer yang dipanggil “Node”. Setiap node mempunyai akses kepada rangkaian blockchain.

Semua peserta boleh merekodkan transaksi di dalam rangkaian blockchain. Namun, terdapat beberapa proses yang harus dilalui sebelum transaksi tersebut boleh direkodkan dalam rangkaian blockchain :

1.     Cryptographic puzzle harus diselesaikan (Puzzle berbeza bagi setiap rangkaian blockchain)

2.    Apabila salah satu node berjaya untuk menyelesaikan cryptographic puzzle tersebut, solusi kepada puzzle (Proof-of-work) mestilah dikongsi kepada semua node lain yang terlibat di dalam rangkaian blockchain tersebut

3.      Kesemua node didalam blockchain (Network) akan mengesahkan proof of work tersebut.

Proses ini digelar “consensus”. Blok baru hanya boleh dimasukkan ke dalam rangkaian blockchain apabila ketiga tiga langkah pengesahan ini lengkap. Semua langkah ini akan dilaksanakan oleh peserta rangkaian blockchain (node) tanpa pengawasan pihak ketiga (middle man).

Ketiadaan middle man dalam transaksi akan mengurangkan kos dan mengelakkan unsur manipulasi. Perkara ini sangat berbeza dengan sistem berpusat (centralized system). Sebagai contoh, jika anda ingin melalukan bank wire transfer (centralised system) RM1,000,000 kepada rakan anda anda akan dikenakan transaction fee

Centralized system lebih cenderung kepada unsur manipulasi oleh kerana pengawalan penuh bank terhadap transaksi anda. 

Blockchain bergantung kepada persetujuan semua pihak (node) yang terlibat di dalam rangkaian blockchain tersebut

Blockchain di dalam cryptocurrency

Blockchain tidaklah terhad kepada cryptocurrency sahaja. Ianya boleh digunakan industri lain seperti supply chain, audit, dan sistem mengundi. Untuk tujuan artikel ini, admin akan lebih fokus kepada penggunaan blockchain dalam cryptocurrency. Berikut adalah ringkasan mudah bagaimana blockchain berfungsi: : 

Sumber: coin.my

  1. “A” ingin melakukan transaksi penghantaran wang kepada “B”.
  2. Data transaksi ini akan direkodkan sebagai blok yang mengandungi jumlah transaksi dan nombor hash. 
  3. Transaksi blok ini akan dihantar kepada semua node di dalam rangkaian blockchain tersebut.
  4. Node akan mengesahkan kesahihan transaksi blok tersebut. 
  5. Blok akan dimasukkan kedalam rangkaian blok bersama blok-blok yang lain.
  6. Wang tersebut diterima oleh “B”.

Kesimpulan

  1. Blockchain ialah kaedah penyimpanan data di dalam rangkaian blok.
  2. Blockchain bergantung kepada Hash dan Cryptography untuk melindungi data di dalam blok.
  3. Rangkaian blok-blok ini disimpan didalam semua komputer (Node) yang menyertai rangkaian blokchain tersebut. 
  4. Rangkaian komputer ini menggunakan method “Consensus”, iaitu persetujuan majoriti Node untuk mengesahkan blok-blok baru.  

Teknologi blockchain dianggap masih muda, dan  berada di fasa awal – adoption phase. Namun, ianya mempunyai potensi yang tinggi untuk mengubah beberapa industri terutamanya industry kewangan. Sesetengah analyst menjangkakan bahawa impak blockchain ini dapat menandingi impak internet di-awal tahun 1990-2000. Konsep blockchain yang mengutamakan konsep decentralized adalah sangat popular kerana ianya menghapuskan kebergantungan kepada middleman sepenuhnya, dan membentuk struktur kewangan yang mampu berdiri dengan sendiri, boleh dipercayai, selamat dan transparent.

0 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published.