3 Benda Wajib Ada Sebelum Labur Saham

Nak mula labur saham tapi tak tahu dari mana nak mula? Mesti banyak perkara yang bermain dalam kepala anda. Kami ingin kongsikan bersama anda 3 benda wajib yang anda perlu ada sebelum terlibat dalam pelaburan saham. 

  1. Ilmu Saham

Sumber: StockSnap

Sebelum kita mula terlibat dalam pelaburan saham, perkara pertama yang WAJIB anda lakukan adalah mencari ilmu saham. Samalah seperti waktu kita kecil dahulu, kita pergi ke sekolah untuk menimba ilmu sebelum melangkah ke alam pekerjaan. 

“Ilmu itu wajib”

Tanpa ilmu, agak mustahil untuk kita terus melangkah kea lam pekerjaan. Maka, sama juga dalam pelaburan saham. Sebelum anda melabur, pastikan anda mempunyai sekurang-kurangnya ilmu asas mengenai pelaburan saham. 

Ilmu pelaburan saham ini tersangatlah luas. Anda boleh mula menimba ilmu dengan membeli buku pelaburan saham, menghadiri kelas-kelas saham dan menonton pelbagai video di Youtube

Meskipun anda telah menghadiri pelbagai kelas saham dan anda mungkin merasakan anda sudah hebat. Anda tersilap. Selain ilmu, pengalaman juga penting dan pengalaman boleh menjadi ilmu yang terbaik kepada setiap diri kita untuk menjadi seorang pelabur yang lebih baik.

  1. Modal Pelaburan

Sumber: StockSnap

Ramai yang berfikir pelaburan saham ini memerlukan modal yang besar. Sebenarnya nak labur saham ini tidak memerlukan modal yang terlampau besar. Saiz modal juga bergantung kepada teknik pelaburan yang anda ingin gunakan.

Sebagai contoh kalau anda ingin melabur untuk jangka masa panjang, cukuplah dengan modal yang sederhana. Namun sekiranya anda gemar berdagang, modal yang diperlukan sudah tentu lebih tinggi kerana anda akan keluar dari dagangan selepas 2-3 bid sahaja. Jika guna modal yang rendah, nanti brokerage fee pun tak lepas. Tak berbaloi bukan?

Sekiranya anda seorang newbie dan baru dalam pasaran saham, anda boleh bermula dengan RM3,000. Satu nasihat kepada semua tidak kira anda pelabur baru atau lama, hanya guna wang lebihan sahaja untuk melabur saham.

Sekiranya anda menggunakan wang simpanan, emosi anda akan terjejas dan anda akan melabur dengan emosi. Situasi menjadi lebih parah sekiranya anda menggunakan wang untuk belanja dapur dan susu anak untuk melabur dalam saham. 

“Hanya melabur menggunakan wang lebihan”

Satu lagi nasihat kepada anda mengenai modal pelaburan anda ialah, jangan sesekali hanya membeli satu saham dengan kesemua wang pelaburan anda.

Sebaiknya, pecahkan modal anda kepada beberapa bahagian dan beli 2-3 saham.

Ini adalah untuk mengurangkan risiko anda sekiranya saham yang dibeli mengalami kerugian.

  1. Akaun CDS

Excited sangat nak mula melabur tu, akaun CDS dah ada ke belum? Akaun CDS pun tak tahu?

CDS adalah akronim bagi Central Depository System. Sekiranya anda ingin melabur di Bursa Malaysia, anda wajib membuka akaun CDS dengan mana-mana broker berdaftar di Malaysia.

Akaun CDS merupakan tempat untuk anda menyimpan saham yang dibeli kelak. Apabila anda telah membeli saham, anda akan dapat lihat nama saham tersebut dalam akaun CDS anda. 

Sekiranya anda beragama Islam, saya percaya anda sedang mencari broker yang patuh syariah. Terdapat beberapa broker yang patuh syariah seperti RHB, Maybank, CGS-CIMB, Malacca Securities dan banyak lagi. 

Ada sesetengah broker yang memerlukan anda untuk hadir ke pejabat broker tersebut untuk membuka akaun CDS. Sesetengah broker pula telah mula menyediakan perkhidmatan membuka akaun CDS secara online.

Akaun CDS yang akan dibuka melalui link di bawah adalah daripada broker Malacca Securities atau lebih dikenali sebagai MPLUS.

Nama Malacca Securities cukup dikenali di kalangan pelabur tempatan kerana kos brokerage yang dikenakan adalah sangat murah. 

Tunggu apa lagi. Klik link di atas dan buka akaun CDS anda sekarang dan mula melabur pada usia yang muda. 

1 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published.