Panduan Menyewa Untuk Pelabur Hartanah

Eh dah kenapa pelabur hartanah nak menyewa pula? Kata pelabur hartanah, mestilah duduk rumah sendiri. 

Malulah nak menyewa. Buang duit sahaja menyewa. Buat apa tolong tuan rumah bayar ansuran! 

Ada beberapa sebab pelabur hartanah perlu menyewa: 

  • Mempunyai jumlah pinjaman yang terhad. Bila terhad, anda perlu optimakan penggunaannya untuk mendapatkan nilai pelaburan yang paling tinggi. 
  • Mempunyai kemungkinan untuk berpindah tempat kerja atau memang sedang bekerja di luar bandar terutamanya mereka yang berumur 25 hingga 35 tahun.
  • Mahu menikmati suasana sesuatu kawasan tanpa perlu terikat dengan sesuatu pinjaman dan membayar harga premium. 

Jika anda dah gunakan untuk beli rumah duduk sendiri, jumlah pinjaman seterusnya akan jadi sangat rendah. 

Paling penting,CCRIS record kita pun clean.

Jadi, macam mana caranya nak menyewa dengan selamat? 

Ada beberapa teknik yang boleh pelabur hartanah guna pakai untuk menyewa, dan ia berbeza dengan cara orang yang tidak mahu jadi pelabur hartanah. 

1.Pastikan kadar sewaan adalah kadar paling minima. Gunakan lebihan duit anda untuk hal yang lebih bernilai. 

2.Pastikan kawasan itu selamat dan bersih. Jangan fikir murah sahaja. Kesihatan mental anda juga penting lagi-lagi apabila pulang bekerja selepas seharian di pejabat.

3.Nak dekat dengan tempat kerja? Nak dekat dengan rumah mak bapak? Nak dekat dengan sekolah anak? Anda tentukan keutamaan anda. 

4.Berapa lama nak menyewa ni? Selepas anda dah dapat beli unit pelaburan ikut bilangan yang anda tetapkan. Kalau nak 5 rumah sewa, beli lepas dapat 5 rumah sewa. Gunakan aliran tunai rumah sewa tu untuk bayar ansuran bank anda. Rumah sewa dapat free, rumah sendiri pun free. Ini kita panggil teknik licik!

5.Bagi yang bujang, sewa satu rumah tapi duduk bilik yang paling kecil. Bilik lain sewakan supaya kos sewaan anda jadi minima. Silap-silap boleh dapat duit extra dan duduk rumah secara percuma. 

6.Fokus untuk beli rumah pelaburan. Dah dapat rumah sewa, boleh gunakan aliran tunai dari rumah tu untuk upgrade rumah sewa yang lebih besar dan selesa. 

Setiap orang akan mempunyai dua kuota loansebanyak 90%. Paling sedikit belilah 3 unit rumah pelaburan. Lagi banyak beli lagi bagus untuk anda capai kebebasan kewangan anda

Jika anda sudah penat menyewa dan merasakan karier anda sudah stabil, sebelum beli rumah duduk sendiri  pergilah menyewa di kawasan tu selama setahun. Kalau rasa ok, baru teruskan niat membeli. 

Rumah yang sesuai untuk sewa berkeluarga, biasanya sewa lebih murah dari ansuran kalau beli. Jadi mengapa bayar lebih untuk benda yang sama? Kalau nak beli juga, pastikan penyewa yang paying duit sewa anda hasil daripada setiap unit pelaburan hartanah anda. 

Kalau bekerja di kawasan luar bandar lagilah untung. Kadar sewa memang murah sangat berbanding ansuran bank berbanding di bandar. Permintaan untuk beli pun kurang, jadi anda boleh beli bila-bila masa pada harga yang rendah. 

Jangan tergopoh-gapah nak beli rumah duduk sendiri. Kalau kena berhijrah, nak kena bayar duit lebihan bayaran bulanan pula kepada penyewa duduk situ pula sebab nak jual susah dan sewa defisit.Untung penyewa tu. 

Mari saya kongsikan di bawah 10 kawasan yang paling banyak kena dicari di Iproperty untuk carian rumah sewa untuk tahun 2020. Antaranya adalah seperti:-

Cheras
Cyberjaya
Petaling Jaya
Mont Kiara
Ampang
Bangsar
Ara Damansar
Subang Jaya
KLCC
Bukit Jalil
10 kawasan paling banyak dicari di iProperty

Boleh baca lebih lanjut dengan klik link ini.

0 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published.