Jangan daca Artikel Ini Jika Korang Rasa Dah Jadi Jutawan

founder sabella

“Korang dah ada RM1 juta tak dalam akuan korang?”

Jika belum, kita sama. Kerana saya pun belum ada lagi. Tapi tak mengapa kerana kita semua pasti ada peluang untuk jadi jutawan dengan usaha yang tinggi dan cara yang betul. 

ferrari, f12, berlinetta, sportscar, red, horse, stallion, italy, modena, expensive

Sumber: pxfuel

Best tak kalau kita memiliki kereta seperti gambar atas? Takkan lah tak nak.

Maka, timbullah persoalan bagaimana nak menjadi seorang jutawan?

Nak jadi jutawan kita kena belajar dari orang yang dah bergelar jutawan dan kita perhatikan cara bagaimana mereka jadi jutawan. Guru terbaik adalah orang yang pernah melaluinya dan berjaya mengharungi cabaran sehingga berjaya. 

Jika anda mempunyai cita-cita yang sama, jangan segan untuk berguru dengan mereka yang telah berjaya. Kita belajar mengambil cara shortcut dengan belajar daripada pengalaman mereka agar kita kurang melakukan kesilapan dalam perjalanan kita kelak.

Kami akan kongsikan kisah beberapa orang jutawan tempatan dan mereka semua ini adalah selfmade millionaire

Jom baca kisah menarik mereka.

1. Sabella (Pakaian)

Siapa Sabella?

Sabella sebenarnya adalah sebuah jenama pakaian tempatan yang mula membina nama dalam negara. Pakaian jenama ini terkenal dengan tagline mereka iaitu ‘Baju Tanpa Gosok’

Contest Menang 1 Juta Sabella

Sumber: Sabella

Kalau berminat apa kata korang pergi sendiri ke laman web mereka di Sabella

Boleh juga tonton di Sini

Sabella pada awalnya bermula hanya dengan sebuah mesin jahit dan diasaskan oleh sepasang suami isteri iaitu Tuan Mohd Sufian Sulaiman dan isteri beliau Puan Siti Fatimah Abd Samad. Dulu hanya sebuah mesin jahit, kini dah ada sebuah kilang.

Kisah Sabella bermula apabila dahulunya Tuan Sufian bekerja sebagai pelukis pelan di tengah bandar dan Puan Siti pula struggle menjahit 100 helai pakaian yang ditempah pelanggan sehingga menyebabkan jarinya bengkak, sakit dan tidak boleh bergerak. Tetapi beliau gigih juga untuk siapkan tempahan yang diterima dan memastikan kualiti tempahan berada pada tahap yang terbaik.

Pasangan suami isteri ini pun berguru dengan mentor mereka iaitu Datuk Wira Dr. Azizan Osman bagi meningkatkan pengetahuan mereka dalam selok-belok perniagaan. 

Jika dulu mereka hanya ada 1 mesin jahit, tak lama kemudian mereka berjaya memiliki 30 mesin jahit.

Dan jika dulu sales setahun mereka hanya RM1 juta setahun, pada 2019 mereka berjaya menjana sales sebanyak RM24 juta! RM24 juta setahun. Bayangkan betapa jauhnya perniagaan mereka berkembang.

Sumber: mstar

Kita semuanya mesti kagum bagaimana mereka menjana pendapatan sebanyak RM24 juta pada tahun 2019 itu. Pada tahun 2020 pula, ketika kebanyakan perniagaan terjejas dan lingkup, berbeza bagi Sabella kerana syarikat Sabella Holding Sdn Bhd mampu menjana sales sebanyak RM120 juta.

2. Azlan Al-Amin (Hartanah)

Sumber: majalah labur

Siapakah gerangan pemilik nama Azlan Al-Amin ini? Jom kita soroti latar belakang dan perjalanan kisah hidup beliau. Beliau berasal dari Bestu, Terengganu dan mempunyai 21 orang adik beradik

Beliau tidak mendapat peluang pendidikan yang tinggi maka tiada pekerjaan yang boleh dilakukan beliau pada ketika itu dan beliau mula bekerja sebagai pengutip sampah. Daripada pengutip sampah, beliau turut pernah bekerja sebagai kelindan lori.

Berita mengenai beliau pernah disiarkan di Sinar Harian pada 27 September 2019. Nak tahu apa rahsia beliau sehingga menjadikannya jutawan, anda kenalah baca keratan akhbar pada link di bawah ini.

Baca : Dulu pengutip sampah kini jutawan, apa rahsia Azlan?

Tinggalkan Kampung Halaman Dan Menjadi Ejen Hartanah

Beliau meninggalkan kampung halaman dan mula menjadi ejen hartanah. Hanya bermodalkan RM50 beliau melakukan kerja-kerja mengedarkan risalah promosi lot tanah dan memasarkan hartanah yang perlu dijual. 

Kejayaannya pertamanya adalah menjual 2 lot tanah dan mendapat komisen pendapatan sebanyak RM4,00. Dalam tempoh 6 bulan sahaja, Azlan berjaya memperoleh sebanyak RM500,000. Prestasi yang sangat menakjubkan!

Kini, Azlan telah mempunyai pelbagai projek perumahan dan pembinaan hartanah bernilai ratusan juta ringgit milik beliau di Kelantan dan Terengganu.

Tuan Azlan membuktikan betapa dengan kesungguhan seseorang itu juga mampu untuk berjaya dalam hidup. Jika beliau boleh, anda semua juga pasti boleh.

3. Warren Buffett (Pelaburan Saham)

Bilakah masa terbaik untuk melabur saham? Jawapannya adalah apabila anda ada wang lebihan untuk dikembangkan. 

Tidak dinafikan, pasaran saham merupakan tempat pilihan ramai orang untuk kembangkan wang mereka dan saya percaya ramai yang telah jadi jutawan ketika pandemik Covid-19 yang lalu.

Ketika pasaran saham mengalami kejatuhan yang dahsyat, pada ketika itulah masa yang terbaik untuk membeli saham kerana majoriti saham berada pada harga ‘undervalue’.

Be Greedy When Others Are Fearful! Why we should do so in stocks?

Sumber: Grow with money

Ini adalah kata-kata yang sinonim dengan pelabur tersohor dunia iaitu Warren Buffet.

Siapa Warren Buffet ini?

Dilahirkan pada 30 Ogos 1930, Warren Buffet merupakan seorang pelabur, hartawan perniagaan, dan ketua pegawai eksekutif Berkshire Hathaway.

Setakat 21 Mac 2021, Warren Buffet merupakan manusia keempat terkaya dunia dengan nilai kekayaan beliau adalah sebanyak USD96.3 bilion.

Sumber: forbes

Bagaimana Warren Buffet menjadi jutawan?

Warren Buffet membeli saham pertamanya ketika beliau hanya berusia 11 tahun. Buffet ketika itu membeli 3 unit saham Cities Service pada USD38 seunit dan kemudian menjualnya pada USD40 seunit.

Beliau memperoleh USD1 juta beliau yang pertama pada tahun 1962. 

Baca : How Warren Buffet made his first billions and become the ‘Oracle of Omaha’

Pada tahun yang sama beliau melabur ke dalam syarikat Berkshire Hathaway, sebuah kilang tekstil dan menjadi pemegang saham utama syarikat tersebut hanya setahun kemudian. Bermula daripada situ, Warren Buffet mula mengembangkan perniagaannya dengan melabur ke dalam syarikat-syarikat yang lain. 

Portrait of Warren Buffett, January 1980.

Sumber: CNBC

Kini, Warren Buffet terkenal sebagai antara manusia yang terkaya dunia dan merupakan seorang tokoh pelaburan yang sangat disegani.

Bagaimana dengan kisah-kisah inspirasi jutawan yang bermula daripada tiada apa-apa seperti mereka? 

Kunci kejayaan adalah diri kita sendiri, terdapat beribu peluang terhidang di depan mata kita. Tinggal hanya untuk kita bertindak sahaja untuk mencapai cita-cita kita.

Sumber :

  1. Richworks
  2. Majalah Labur
  3. forbes
0 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *