Home Ownership Campaign (HOC) Dilanjutkan ke Disember 2021?

kenapa beli rumah waktu hoc

Jadi apa kena mengena dengan aku?

Bagus ke HOC ni?

Apa yang kita perlu tahu pasal HOC ni secara ringkas?

  • Terbuka pada semua warga Malaysia. Yang nak beli rumah kedua, ketiga dan seterusnya. Bukan pembelian rumah pertama saja.
  • Hartanah jenis kediaman, bukan komersil
  • Perjanjian jual beli (SPA) kena cop sebelum 31 Disember 2021
  • Khas untuk projek baru yang berdaftar di bawah skim ini saja.
  • Tidak digunapakai untuk pasaran sekunder (Subsale)

Untuk mereka yang janggal dengan Home Ownership Campaign ini, sebenarnya ini adalah salah satu inisiatif kerajaan untuk menggalakkan rakyat membeli rumah.

Okay, apa kena mengena kempen ini dengan sentiment pembelian rumah dalam kalangan rakyat?

Caranya adalah dengan pemberian pengecualian stamp duty untuk pembelian hartanah.

.

✅ Caranya dengan bagi pengecualian stamp duty untuk hartanah!

.

Stamp duty kita kena faham kita kena  bayar 2 elemen penting ini:

🔴 Proses pindah milik atau ‘memorandum of transfer’ (MOT)

🔴 Perjanjian pinjaman dengan pihak bank.

.

Berapa biasanya pengiraan kos untuk stamp duty ini? 

🟢 Kiraan stamp duty untuk MOT:

– RM 100,000 pertama = 1%

– Seterusnya RM 101,000 hingga RM 500,000 = 2%

– Seterusnya RM 501,000 hingga RM 1 juta = 3%

– Seterusnya RM 1 juta ke atas = 4%

🟢 Kiraan stamp duty untuk pinjaman perumahan biasanya 0.5% daripada jumlah pinjaman.

.

Ada yang pening bila tengok nombor banyak-banyak ni.

.

Kita tengok contoh, untuk senang faham.

.

Katakan kita nak beli rumah harga RM 300,000.

⚫ Untuk stamp duty MOT;

– RM 100,000 pertama x 1% = RM 1000

– RM 400,000 kedua x 2% = RM 4000

– Jumlah keseluruhan RM 4000

⚫ Bagi pengiraan duti setem pinjaman pula adalah seperti berikut;

– Harga rumah RM 300,000. Pinjaman perumahan maksimum kita boleh dapat RM 270,000.

– 0.5% x RM 270,000 = RM 1350

⚫ Jumlah kos untuk stamp duty yang kita nak kena bayar bila beli rumah harga RM 500,000 adalah;

– stamp duty untuk MOT + stamp duty pinjaman 

= RM 4000 + RM 1350

= RM 5,350

Jadi, bila kita beli rumah projek baru daripada pemaju yang berdaftar bawah HOC, kita akan dapat faedah berikut:

✅ Pengecualian stamp duty untuk MOT sehingga RM 1 juta (Rumah harga RM 1 juta ke atas dikenakan 3%)

✅ Pengecualian stamp duty untuk perjanjian pinjaman.

.

Jadi, instead of kita kena bayar RM 5,350 tadi untuk duti, kos tu dah jadi PERCUMA. 

.

Banyak penjimatan tu!

.

Harapnya info ini berguna pada mereka yang memang bercadang nak beli rumah tahun ni. 

0 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published.